Nombor telefon yang dibekalkan tidak dapat dihubungi (walaupun saya cuma ingin tanya tempatnya di mana) sama ada melalui call, sms dan whatsapp. Bila hampir waktu mendaftar masuk, barulah ada satu nombor yang memanggil untuk memberi kunci bilik. Mengejutkan, kerana pin tempat di atas peta adalah di seberang jalan dari tempat sebenar. Rupanya bilik itu ada di The Pinnacle Tower B (Di sebelah Hotel Sheraton Petaling Jaya). Kebetulan saya ada kerja sebelumnya di Hotel Sheraton, jadi tidak perlu berpindah tempat letak kereta. Internet melalui Wifi laju. Banyak soket elektrik. Penyaman udara agak sejuk dan selesa. Restoran agak sukar pergi dengan berjalan kaki kecuali Restoran Hotel Sheraton. Tempat memasak dan peralatan memasak disediakan, termasuk peti sejuk. Pemandangan cantik.
**Tempat parking percuma tidak disediakan