Hotel tiada lif. Agak sukar untuk warga emas. Hanya terdapat 1 kedai makan di waktu pagi selain mcdonald. Di sebelah malam pula, terdapat 1 kedai seafood sahaja. Jika hendak makan di luar anda terpaksa menempuh tol 2x untuk pergi dan balik. Selain itu, terdapat semut hitam yang mengganggu sepanjang penginapan di bilik keluarga. Harap pihak hotel dapat menangani masalah ini. Selain dari itu, semua ok termasuk wifi yang bagus. Surau juga ada disediakan di tingkat bawah.